islam is de best of life


Saturday, April 6, 2013

Jadilah da'ie, bukan daki


mari tegakkan kalimah Allah
Assalamualaikum wbt.. sahabat sohabiah yang disayangi.. sebagai seorang da'ie, mari kita mujahadah diri kita agar 'ilmu yang kita ingin sampaikan kepada mad'u.. menjadi 'ilmu yang berkat dan Allah redha.. kadangkala kita kurang menjaga akhlak, ibadah, syariat yang menyebabkan mad'u kita kadang-kadang susah untuk menerima kata-kata kita, walaupun mungkin anda da'ie yang hebat dalam penyampaian..so, ayuh sahabat.. mari kita menjadi da'ie yang lebih menjaga keaslian agama Allah..

Ini perkara yang wajib ada pada yang mengaku sebagai da'ie..da'ie bukan hanya kerjanya melempiaskan kata-kata, tanpa mengimplementasikan dengan 'amalan.. Nabi hebat kerana akhlaknya, jadi kenapa kita meremehkan apa yang dituntut oleh Junjungan mulia kita?

seseorang yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan dari manusia lain. Risalah islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang da’ie muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang muslim yang sempurna..
hiasi diri dengan akhlak yang soleh
10 Muwasofat merupakan ciri-ciri utama pembinaan seorang kader dakwah. Dari detik pertama seseoarang itu menjejaki alam tarbiyyah, dia tidak dapat di pisahkan dengan pembinaan muwasofat-muwasofat ini sehingga dirinya terus di baluti oleh Islam yakni menjadi individu muslim yang unggul. Berikut merupakan sedikit pendetailan terhadap 10 Muwasofat.

Berkata Iman Hassan Al-Banna ketika melalui marhalah ini 'Wajib ke atas setiap muslim memulakan dengan memperbaiki dirinya, kesempurnaan itu dapat dilihat bila ia telah dapat memiliki beberapa perkara yang meletakkan ia di peringkat tertentu yang menjadikan ia mampu untuk memikul tanggungjawab amal Islami'


1) Aqidah Sejahtera

    * Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.
    * Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
    * Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubha

2)Ibadah Yang Sahih

    * Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
    * Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
    * Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).



3) Akhlak Yang Mantap

    * Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.

Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.

4)Mampu Bekerja

    * Walaupun kaya, perlu bekerja.
    * Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.
    * Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.
    * Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
    * Menjauhi riba dalam semua lapangan.
    * Menyimpan untuk waktu kesempitan.
    * Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.
    * Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.



5) Berpengetahuan luas

    * Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.
    * Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.
    * Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
    * Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

6) Tubuh Yang Cergas

    * Dakwah berat tanggungjawab dan tugas - perlukan badan yang sihat dan kuat.
    * Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : "Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan"
    * Pesanan al-Banna:

"Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan"

    * Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
    * Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.
    * Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

7) Mampu melawan nafsu


* Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
* Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.
* Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8)Teratur urusannya

    * Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
    * Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka "..Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia."


9)Sangat Menghargai Masa

    * Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.
    * Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah


10)Bermanfaat Kpd Orang Lain


indahnya hidup bersyariat
    * Dai umpama lilin yang membakar diri untuk    menyuluh orang lain.
    * Dai adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada dai.
    * Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.
    * Dai merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.




p/s: inilah akhlak para pejuang agama Allah, jangan menjadi fitnah kepada agama.. jom berubah!! 

pertemuan aku dan si dia


Sahabat cerminan peribadi.
.
fiesha
Alhamdulillah..rasa nak berkongsi satu perkara indah… berkenaan cinta.. perkenalan cintaku bermula di kampus.. tapi, ku kenali susuk tubuhnya semasa di persekolahan lagi iaitu “SMAASZA” .. tapi, perkenalan makin intim di alam kampus..

Nah, sahabat.. ku lajukan pena, kekasihku ini seorang yang sangat kontra denganku.. tapi, bila dia bersamaku.. terlihat satu sinergi yang gah.. apa yang dapat kusingkapkan, pertemuan aku dan dia ini sangat indah dan sangat cantik lakarannya kerana Allah..

Perkenalan aku dan dia ini membuahkan satu dimensi yang tak mudah dirobohkan oleh sesiapa pun kecuali takdir Allah memisahkan ikatan kasih sayang ini.. engkau tahu sahabat, kekasihku ini tempat yang paling hebat untuk aku mendidik diri.. indah bukan?? Bila aku melakukan kesilapan, dia berani menegur aku.. bila dia melakukan kesilapan, aku juga berani memberi  teguran dan tunjuk ajar.. sekalipun kami rapat, andai aku atau dia tersilap.. kami tidak akan berpihak pada kebatilan.. di sini ku definisikan, indahnya pertemuan ini
Manisnya pertemuan ini, bila keikhlasan diletakkan di hadapan.. ini bukan retorik sahabat.. ia terpancar dari seseorang, dan dapat aku rasainya.. benarlah kata imam syafie

 “aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku..sahabat yang baik adalah seiring denganku, dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas meninggalkan dunia.. kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang.. semakin ramai sahabat, semakin aku percaya pada diri..aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka..jika aku dapat, aku ingin setia padanya..

Engkau tahu sahabat, ketenangan yang  aku dapat bila bersamanya..  aku dan dia ada persamaan dan perbezaan.. tapi itu lumrah kan?hurm.. bukan aku ingin berbangga-bangga ,menunjuk-nunjuk , atau rasa ingin membuka kebahagiaan di hadapan orang lain.. bukan sahabat.. aku bersyukr mempertemukan aku dengannya.. dan aku menghargai kehadirannya di sampingku..

Jadi pesanku, carila sahabat yang solehah.. yang mampu membawa dirimu mengejar cinta Allah.. sahabat untuk semata-mata dunia ini ramai, sahabat untuk mengejar cinta Allah.. sedikit.. setialah andai kamu mampu memilikinya.. indahnya perkenalan ini

Aku setia denganmu selagi mana kita tidak melawan syariat ilahi.. engkau dihati sahabat..pandanganku, dalam memilih sahabat...andai kecantikan , harta, keturunan yang dipilih dan dicari ..ia sebenarnya, tidak menjamin seseorang itu bahagia.. andai pada dirinya tidak mempunyai akhlak ~

p/s : dalam kita berukhuwwah, ketahuilah ia indah disalurkan demi gerakan da'wah.. jom terus melangkah laju demi agama Allah..sahabat..bagaimana kamu boleh bersenang lenang, bergelak ketawa di saat sahabat kamu bertungkus lumus untuk memenangkan islam,lalu kamu menangis di atas kekalahan islam di dalam perjuangan?.. jom mujahadah~

Khas buat kekasih hati.. Nurshafieza Asna binti Azmi..

Friday, April 5, 2013

hakikat fatamorgana dunia..


mari muhasabah.. inilah hakikat berada di pentas dunia..selamat menonton dan terhibur.. ambillah sedikit istifadah dari liriknya .. moga berguna dan memberi manfaat..

kadang kala kita rasa diguna
demi kepentingan mereka..
kadangkala kita rasa terhina
rasa kerdilnya di dunia
rasa bersendirian..

biarkan kita rasa susah
jangan biar kita susahkan mereka
terbitkan keikhlasan hati walau kita xpernah dihargai

kehidupan di ibarat roda
yang berputar-putar mencari destinasi
oh langit, tak selalu cerah
tak selalu mendung
senyumlah sentiasa jangan sedih

ada yang rasa diri hebat
jalan dongak ke langit
pandangan semua orang salah
dia saja yang betul
megah berkata-kata
namun kosong bicara
astraghfirullahal'azim




Wednesday, April 3, 2013

parlimen dibubarkan? fakta atau auta??


Parlimen dah dibubar.. saat yang di tunggu-tungu oleh rakyat.. setelah sekian lama.. aku harap timbul suatu suara kebangkitan dan keinsafan  yang bakal mengkuburkan kezaliman pimpinan yang tidak mengikut syariat Allah.. aku ingin melihat bumi Malaysia ini di bawah kepimpinan ulamak.. aku cuma ingin berpayung di bawah teduhan para pencinta Allah..

Aku cuma ingin sama-sama mengingatkan diri yang sering lupa.. kita wajib menunaikan amanah untuk mengundi pada PRU13.. kerana apa?? Itu salah satu perkara yang kita perlu jawab di hadapan Allah nanti.. jangan disebabkan 1 undi dari kamu itu, bakal membantutkan dan bakal melumpuhkan kerajaan islam …
Sahabat… biarlah kemenangan kita kerana kekuatan pada jemaah kita, bukan kemenangan kita kerana kelemahan dari pihak musuh…

Apakah petanda apabila bakal tiba kemenangan islam di pasca akhir zaman ini.. nah sahabat, beringatlah.. dunia bakal menghadapi kesudahannya.. jom kita sentiasa istiqamah di jalannya.. biarlah mati kita bermakna untuk islam…

p/s: bangkit bersama kepimpinan ulama'..

Inni akhofullah~

Tuesday, April 2, 2013

cinta terlarang??


Soal hati??

Em.. topik seperti ini sering dibualkan oleh muda mudi terutamanya.. bukan aku tidak berminat.. tapi, aku tahu Allah adalah tempat terbaik untuk aku mengadu.. bila kata camni, ada pihak kata.. xkan la xnak usaha.. ni bukan zaman lama.. bukanlah begitu maksudku.. ada stepnya dan islam pun ada anjurkan bagaimana caranya..so.. berwaspada..syaitan ni licik, so berhati-hatila sahabat..

Cakap soal hati atau lebih tepat perasaan sesama manusia.. xpela, aku on je.. tp, buat masa sekarang.. aku rasa ada perkara yang perlu aku aulakan.. so, aku seriously anti kawan-kawan yang couple.. tapi, bukan aku bermusuh.. jangan silap fikir ya.. kalau betul2 suka dan betul2 mahu.. ikut syariat.. kita ni ada TUAN PUNYA .. so, jangan sampai Dia murka , turunkan musibah.. baru sibuk mencariNya..

Soalan:  akak dah ada calon?? Kalau jawab ada, jadi panjang pula nanti.. kalau jawab xada, susah juga.. kata aku ni memilih.. jawapan selamat, insyaAllah.. Allah tahu yang terbaik untuk akak.. the end..
Soalan: akak suka calon yang macam mana? Simple answer.. yang beragama and patuh and bertakwa.. settle.. ada juga kata semua orang beragama..

So, ni just pandanganku, aku lebih senang melihat lelaki yang solat berjemaah di masjid @ surau @berjemaah bersama keluarga.. anak soleh pada mak ayah, didik keluarga dengan bi’ah solehah, pandai berinteraksi dengan masyarakat , membiasakan diri dengan medan da’wah, tidak rigik untuk bergelumang dengan siyasah, and dll.. ni semua ciri2 lelaki yang ada matlamat .. matlamatnya kerana Allah.. inila , lelaki beragama.. bukan hanya islam di kad pengenalan..

So, cinta itu fitrah dan suci.. jadi jom salurkan pada tempatnya.. jangan dicalar dan dirobek kemurnian dan kesucian cinta itu..didik diri agar lebih dekat denganNya.. Yakinlah, dengan janji Allah..



p/s: jom sibukkan diri dengan perjuangan islam~
Al_faqirah ..(inni akhofullah)

budak tarbiyyah bajet bagus??

copy from sahabat..fuhh, ~
hiasi peribadi dengan akhlak mulia~
Monolog Dalaman : Budak Tarbiyah Bajet Bagus..

Enaknya jadi budak tarbiyah,
Ikut usrah, ada jemaah, hari-hari sibuk pula
berdakwah,
Mimpinya katanya mimpi ummah ...
Tidurnya lena Subuhnya gajah..

Enak lagi jadi budak tarbiyah,
Saban minggu dalam usrah 'dipilih Allah',
Subur semangat keluar berdakwah,
Liqa' mingguan tak hadir dirasa bersalah,
Kelas ilmu tak pergi pun tak jadi masalah.

Enak jadi budak tarbiyah,
Naqalkan kata-kata perjuangan syuyukhnya sudah dikira berjuang,
Atur program di pentas sendiri dirasa satu usaha islah yang besar,
Siapa tak hadir dikira terkeluar dari 'tapisan Allah',
Sungguh, tidak tahu bagaimana tarbiyah bisa beri kuasa perintah sebesar itu.

Enak sungguh jadi budak tarbiyah,
Beramal itu mesti hanya pada istilah mereka,
Orang lain kerja cara mereka dikata tak buat apa-apa,
Hendak jadi hebat ikutlah cara amal yang sama,
Kalau tak, dikata pandai kritik dan bicara saja.

Enak jadi budak tarbiyah,
Demi jaga hati (kononnya), cakap belakang, fitnah, label dibenarkan,
Tak perlu bazirkan masa untuk berbicara langsung atau jumpa depan-depan,
(Katanya) Masih banyak amal lagi perlu dilakukan !
Orang biasa buat, beria-ia disalahkan,
Budak tarbiyah buat ....
Takpa, bumi mana tak ditimpa hujan, kan?
Fokus kerja kita sajalah ...

Retorika budak tarbiyah,
Tidak tahu apakah tarbiyah yang telah salah ataupun orangnya salah menguruskan kesan tarbiyah pada dirinya.

Muhasabah... Catatan monolog dalaman hati seorang hamba kerdil yang sentiasa berusaha meneruskan perjalanan tarbiyahnya dan proses pembaikan dirinya.

jaga akhlak,jaga iman..
p/s: pandangan aku...teman, mereka juga manusia.. kita sama2 perbaiki salah silap kita ya.. jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.. begitu juga kalau kita tengok sirah Nabi.. Nabi cukup memelihara kesucian agama Allah ini.. akidah, akhlak n patuhi syariat.. tp, xsemua pengikutnya bersifat seperti Nabi.. benar bukan?? jom sama2 fastabiQul khairat..

teringat bicara indah Abdul Hadi Awang " walaupun perjuangan kita benar, tetapi kalau tidak IKHLAS, tidak BERADAB, tidak TAAT, maka ALLAH tangguhkan lagi kemenangan..."

muhasabah bersama.. inni akhofullah~

Tarbiyyah membentuk seorang pejuang...

TARBIYYAH ISLAMIYYAH SUATU IDEOLOGI SALAH??

tazkiyyatul nafs
apakah itu...... ramai yang rasa tarbiyyah ni suatu yang berat lagi menyusahkan.. mengjenggelkan?? tapi, dari sudut lain.. aku nk berkongsi apa yang aku fikir dan rasai dengan kehidupan " bila diri kita dalam pentarbiyahan".. em... apa maksud tarbiyyah islamiyyah?? lets begin dengan perkataan simple2 je.. moga senang faham dan senang hadam untuk gambaran awal.

 ‘Tarbiyah Islamiyah’ adalah memperbaiki sesuatu, menjaga serta memeliharanya.. atau secara  ringkasnya, ‘Tarbiyah Islamiyah’ adalah proses penyiapan manusia yang soleh, yakni agar tercipta suatu keseimbangan dalam potensi, tujuan, ucapan dan tindakannya secara keseluruhan...

apa beza orang tarbiyyah dengan orang biasa.. nampak macam double standard je.. islam xsuke perpecahan.. Temanku...Hasil kajian terhadap sirah Rasulullah saw memberi kita kefahaman bahawa Rasulullah saw telah membimbing umat manusia untuk keluar dari kongkongan ciri-ciri berikut :
Kejahilan (Al Jahl).
Kehinaan (Dzillah).
Kemiskinan (Faqr).
Perpecahan (Tanafur).
Keadaan umat Islam sekarang tidak memahami Islam itu sendiri sehingga akhirnya terjebak dalam suasana jahiliyah moden dengan kesesatan yang lebih dahsyat dan nyata sebagaimana firman Allah swt :

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.” (QS Ali Imran : 164)

Kesan dari suasana tersebut, umat Islam sekarang berada pada tahap kritikal yang diakibatkan oleh :
Kecintaan pada dunia yang berlebihan dan takut mati.
Saling berpecah belah.
Mengkotak-katikkan ajaran Islam.
Penyimpangan ajaran Islam hasil pengaruh sekularisma, plularisma dan liberalisma.
Terbelenggu dengan ajaran yang berbau tahayul, bid’ah dan khurafat.
Meninggalkan jihad.

Ia adalah satu-satunya jalan keluar dari kesesatan melalui pembinaan yang di dalamnya terkandung :
‘Tilawah’ (Membaca & dibacakan).
‘Tazkiyah’ (Pembersihan diri).
‘Ta’limul kitab wal hikmah’ (Belajar Al-Qur’an dan hadits)
“(Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmah kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui.” (QS Al Baqarah : 151)

Usaha di atas dilaksanakan sehingga kita akan memperolehi nikmat yang akan menghantarkan kita kepada ‘Khairu Ummah.’

“Kamu adalah sebaik-baik ummah yang dikeluarkan untuk manusia. Kamu menyuruh berbuat kebaikan, melarang berbuat kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah.” (QS Ali ‘Imran : 110)
dengan ciri-ciri : Berpengetahuan, Terhormat ,Kekayaan ,Persaudaraan..

DARI ASPEK INDIVIDU

PERTAMA :

Hakikat jiwa yang memerlukan pembinaan sebagaimana firman Allah swt :

“Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).” (QS Ash Syams : 8-10)

Hakikat jiwa tersebut menghadapi persoalan bahwa secara fitrahnya, pada diri kita terdapat kecenderungan kepada taqwa dan kecenderungan kepada dosa.

KEDUA :

Adanya musuh turun temurun yang tidak hanya membuat perancangan yang matang tapi juga merealisasikannya sebagai sebahagian dari langkah syaitan.

“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji, dan (menyuruh) supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui (salah benarnya).” (QS Al Baqarah : 168 - 169)

“Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.” (QS Al Maaidah : 82)

“Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.” (QS Faathir : 6)

Untuk menghalang serangan musuh diperlukan amal jama’ie di kalangan kaum muslimin dan ianya tidak akan berlaku kecuali dimulai dengan tarbiyah.

KENAPA TARBIYAH ISLAMIYAH ITU PENTING?

Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi(beribadah) kepada-Ku”. (Qs Az Zaariyaat : 56)

Tarbiyah memiliki kepentingan yang tiada taranya, sejak amal Islami dibangunkan pada masa-masa awalnya, kita telah memahami bahwa langkah yang paling efektif untuk proses perbaikan adalah pembinaan peribadi sesuai dengan nilai-nilai Islam dan sistemnya untuk menghantarkannya kepada suatu tujuan, iaitu masyarakat muslim, lalu umat muslim, kemudian Negara Islam yang menegakkan syariat Allah swt.

Imam Hasan Al Banna bersama Ikhwanul Muslimin yang didirikannya pada tahun 1928 mencanangkan idealismayang sedemikian tinggi sehingga tertegaknya kembali kejayaan Islam. Tapi untuk menuju ke situ, kita perlu mempunyai satu modal, iaitu pemuda.

Maka tidak ada yang perlu dilakukan kecuali mentarbiyah mereka sehingga akhirnya tarbiyah menjadi semacam“trade mark” bagi Jamaah Ikhwanul Muslimin.

Tarbiyah Ikhwanul Muslimin lahir dari Kitabullah dan Sunnah RasulNya, menyusuri perjalanan sahabat dan tabi’in serta mengambil suri teladan dari manusia teladan yang ma’sum, Muhammad saw, para mujaddi yang soleh sertapara tokoh Islam sepanjang sejarah.

Imam Hasan Al Banna telah menggariskan bahwa tahapan aktiviti dalam Ikhwanul Muslimin ada tiga, iaitu :
a.‘Ta’rif’ (pengenalan).
b.‘Takwin’ (pembinaan).
c.‘Tanfizh’ (perlaksanaan).

Manakala setiap tahapan itu akan tegak hanya dengan tarbiyah. Oleh kerana itu, adalah penting untuk memberi perhatian yang khusus kepada tarbiyah dan menjadikannya sebagaikeutamaan di setiap kegiatannya, bahkan menjadikannya sebagai aktiviti yang berterusan dan tidak berhenti di tahapan manapun dari tahapan-tahapan sejarahnya.

Penekanan terhadap kepentingan tarbiyah ini kadangkala mengundang komentar dari orang luar bahwa : ‘Tarbiyah bukanlah segala-galanya dan dengan tarbiyah semata-mata, kita tidak akan mampu meraih kemenangan.’

Namun, ia kemudiannya dijawab oleh salah seorang tokoh Ikhwanul Muslimin, Syeikh Musthafa Masyhur bahwa :‘Tarbiyah memang bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya tidak akan mampu diraih kecuali melalui tarbiyah.’

Tarbiyah Islamiyah sebagaimana yang sudah disebutkan memberi erti proses mempersiapkan seseorang dengan persiapan yang menyentuh :
1.Seluruh aspek kehidupannya meliputi ruhani, jasmani dan akal fikiran.
2.Kehidupan duniawinya dengan segenap aspek hubungan dan kemaslahatan yang mengikatnya.
3.Kehidupan akhiratnya dengan segala amalan yang dilakukannya yang membuatkan samada Allah ridha atau murka.

Oleh karana itu, tarbiyah bersifat bersepadu dan komprehensif dan itulah yang membezakan antara sistem Islam dengan sistem atau peraturan manapun di mana sistem Islam mencakupi seluruh aspek kehidupan itu dengan cakupan yang penuh terperinci.
PERANAN TARBIYAH DALAM KEHIDUPAN
Memahami gambaran yang jelas mengenai Islam yang sempurna dan benar.
Membentuk keperibadian muslim secara utuh.
Menumbuhkan harga diri dan peribadi yang tidak mudah dipecah belahkan
Keimanan  dan  ketaqwaan penduduk merupakan asas terwujudnya kemakmuran yang penuh berkah.
Mewujudkan ketenteraman dan kestabilan masyarakat.
TUJUAN TARBIYAH ISLAMIYAH

Tarbiyah Islamiyah mempunyai beberapa tujuan dan di antaranya adalah :
Membentuk manusia beraqidah (tarbiyah ‘aqidiyah)
Membentuk manusia berakhlak mulia (tarbiyah khuluqiyah)
Membentuk manusia berfikir (tarbiyah fikriyah)
Membentuk manusia yang sihat dan kuat (tarbiyah jismiyah)
Membentuk manusia yang kreatif, berinisiatif, antisipatif dan responsif (tarbiyah amaliyah)

Sangat penting juga untuk dijelaskan bahwa tidak tepat kefahaman bahwa ‘tarbiyah’ hanya terbatas pada orang baru dalam dakwah dan tidak lagi relevan bagi orang yang telah lama di jalan dakwah ini, akan tetapi, ‘tarbiyah’mestilah bersifat terus menerus dan untuk berbagai tingkatan serta berbagai tahap senioriti, kerana, tidak ada seorangpun kecuali memerlukan bekalan dan peringatan”.

Dalam kitab tersebut juga, Syekh Musthafa Masyhur menyebutkan berbagai bentuk penyimpangan, di antaranya adalah :
Sedikit ilmu.
Perhatian hanya kepada aspek penampilan yang melupakan mutiara isinya dan dominasi debat dan diskusi yang mengalahkan amal.
Asal kerja berjalan dan tidak ada perancangan.
Oleh yang demikian, untuk tetap bertahan pada jalan yang lurus iaitu jalan taqwa, manusia memerlukan pengawalan yang ketat secara terus-menerus dan perkara ini hanya boleh terlaksana dengan ‘Tarbiyah Islamiyah’ yang sentiasa memastikan setiap individu berjalan di atas jalan ketaqwaan.

Hakikatnya ‘Tarbiyah Islamiyah’ adalah wajib kerana ia merupakan wasilah terlaksananya kewajiban agama iaitu ibadah. Ta’lim adalah bahagian dari tarbiyah dan ibadah tidak sah tanpa mengetahui hukum dan syarat sahnya ibadah... 

Ya Allah, berilah kefahaman yang jelas kepada kami sehingga kami tetap berpegang dan meningkatkan komitmen kami terhadap Tarbiyah Islamiyah kerana ia adalah asas binaan yang kukuh ke arah pembentukan individu, masyarakat, negara dan dunia bagi tujuan menyebar luaskan dakwah ke seluruh pelusuk bumi bagi memenuhi matlamat membawa rahmat ke seluruh alam.

kita mulia kerana islam.. Allahuakbar.. aku impikan tertegaknya roh islam yang sebenar di Malaysia ini..

inni ahofullah~

Monday, April 1, 2013

membangun bersama kepimpinan ulama'

Assalamualaikum sahabat sohabiah yang dihormati.. setelah lama tidak mengupdate blog lama.. aku terlupa password, jadi ku gagahkan diri untuk membuat blog baru.. agar blog kali ni, menjadi santapan rohani buat aku, jua untuk sahabat sohabiah.. Allah...


sahabat.. dalam mengharungi kehidupan yang makin menggila dengan kebuasan nafsu manusia, pasti di sana terdapat mutiara indah yang bersinar.. yang sentiasa menyinari hidup kita.. itulah sang 'ulama'.. sahabat.. ayuh, bangkit.. sudah2 la, memberi alasan, islam sudah berada di tali penghujungnya.. yakni sudah ingin memegang panji kemenangan .. nah, di mana kau berada sahabat.. aku menyeru.. kita kuatkan langkah.. hayunkan semangat juangmu.. andai Allah menghendakkan mati sebagai gantian perjuangan ini.. itu saat yang aku nantikan..

sahabat... jgn dikejar perkara yang tidak pasti, ayuh kerahkan setiap keringatmu untuk islam.. Allah sentiasa menolong hambanya yang menyebarkan kebenaran.. biarpun engkau tidak tertahan penat... ingat.. Allah ada... sahabat.. mari menggenggam tangan bersamaku.. kita berjuang untuk islam, biarpun engkau tidak mendapat penghargaan dari manusia.. Allah menilai usahamu... 

aku sayang islam.. kita mulia kerana islam...